Gambar seorang wanita yang meratah ayam secara mentah telah tersebar luar di media sosial telah diperkatakan hangat oleh pengguna. Ada diantara mereka menyatakan bahawa wanita 40-an ini mengamalkan ilmu hitam. Namun, hanya Miskaulah yang mempunyai penjelasan tentang ini.
Meloyakan namun dilihat sebagai enak bagi Miskaulah yang berasal dari
Indonesia dengan hobi peliknya iaitu makan ayam hidup hidup dan minum
darah ayam tersebut.
Sukar untuk bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam
hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut
bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem,
Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih
untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.
Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor
setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai
memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Difahamkan, wanita ini tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli ayam hidup. Wanita ini terpaksa mengambil ayam jiran atau sedara-mara. Namun begitu, mereka tidak memarahinya kerana mereka sudah faham akan tabiatnya dan tidak menghalang.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam,
perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala
kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Wanita ini juga pernah makan daging ular dan mengalami keracunan pada usia muda. Dan menyebabkan mukanya membengkak.
0 ulasan:
Catat Ulasan