Isnin, 7 Mac 2016

Kuih Peria

Gambar google

BAHAN-BAHAN:
  • 1 bungkus tepung pulut
  • 500 ml santan
  • 60 gm tepung gandum
  • 125 ml air pandan
  • 1 sudu teh air kapur
  • ½ sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya
BAHAN INTI:
  • ½ biji kelapa parut | ambil yang putih
  • 120 gm gula merah
  • 120 gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahan inti, masukkan kelapa parut, gula merah, gula pasir dan sedikit air di dalam kuali. Gaul kesemua bahan sehingga rata.
2. Selepas itu jerang di atas api dan kacau selalu sehingga sebati dan merengas. Bila dah masak, angkat dan sejukkan.
3. Masukkan santan ke dalam mangkuk adunan.
4. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air daun pandan. Uli adunan ini sehingga cukup lembut dan boleh dibentuk.
5. Masukkan air kapur dan uli lagi sehingga sebati.
6. Ambil sedikit adunan tepung, isikan inti kelapa tadi ke dalamnya.
7. Selepas itu bentuk bujur memanjang dan leperkan sedikit. Sepit atasnya seperti buah peria.
8. Potong daun pisang membentuk bulat. Lapik di dalam bekas pengukus dan aturkan kuih-kuih peria di dalamnya.
9. Kukus sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design