Khamis, 17 Mac 2016

PNB118 lebih TINGGI dari KLCC


Perdana Menteri berkata Warisan Merdeka merupakan projek pembangunan hartanah strategik yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur dan bakal memainkan peranan penting dalam memanfaatkan dan memaksimumkan nilai simpanan tanah. 

Warisan Merdeka adalah projek yang dibangunkan oleh PNB di kawasan seluas 19 ekar (7.689 hektar) dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
Fasa pertama projek tersebut yang melibatkan pembinaan menara 118 tingkat dan tujuh tingkat pusat membeli-belah dengan kos pembangunan sebanyak RM5 bilion dijangka siap pada 2020.
Selain melancarkan projek tersebut, Najib juga menamakan semula menara ikon 118 tingkat itu sebagai Merdeka PNB118 yang merupakan menara tertinggi di Malaysia, kedua tertinggi di Asia dan yang kelima tertinggi di dunia.

Najib berkata bangunan ikon itu akan membantu memberi nilai kepada sesebuah bandar raya dan mempengaruhi cara orang berpandangan terhadap sesebuah bandar raya, memberikan kepada penduduknya mercu tanda yang boleh dibanggakan.
Menurut Perdana Menteri, sebagai pembangunan mercu tanda ikon baharu bagi Malaysia, projek ini dijangka menambahkan lagi daya tarikan Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi pelaburan dan pelancongan.

“Apabila seseorang menyebut menara ikon, apa yang sebenarnya dimaksudkan? Apa yang menjadikannya menara ‘ikon’? Rekaannya? Bentuknya? kisah atau sejarah di sebalik pembangunannya?
“Barangkali, dalam hal ini, ia mungkin kesemuanya sekali. Tetapi ia juga adalah aspirasi, hasrat untuk mencapai kecemerlangan dan keazaman untuk membina sesuatu yang boleh diingati dan berkekalan, sesuatu yang boleh memberi nilai kepada Malaysia baharu,” katanya.

vlcsnap-73782 

Perdana Menteri berkata walaupun PNB ditubuhkan dengan mandat untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera, atas semangat perpaduan, unit-unit amanah PNB turut diperluaskan untuk langganan masyarakat bukan Bumiputera.

Beliau berkata PNB telah berjaya menggembleng lebih 200 bilion unit amanah, hasil pelaburan rakyat 1Malaysia, daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Tambahnya, kesemua kejayaan yang dicapai PNB ini dan syarikat-syarikat Malaysia umumnya adalah bersandarkan kemampuan Kerajaan memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Sumber Dari: http://www.bicara.news/pnb118-mercu-baru-negara-lebih-tinggi-dari-klcc/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design