Gambar google
Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Ni kalau kena cara buat ni, konfem orang akan beratur panjang semata nak beli ni. Kat kampung aku tiap masa ada jual bukan bulan puasa je.
Bahan-bahannya
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan
● 100 ml air
● 150 gram gula manisan (gula melaka)
● 30 gram tepung gandum
● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus
Cara-Caranya Membuat Kuih Akok
1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.
2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
0 ulasan:
Catat Ulasan