Ahad, 13 Mac 2016

Laksa Goreng


Bahan-bahan

Bahan A:
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
Bahan B:
2 sudu besar cili kisar (kalau mahu lebih pedas boleh bubuh lebih)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar Saus Manis ABC
2 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Garam & gula secukup rasa
1 bungkus bebola ikan
2 keping kek ikan
2 genggam besar taugeh
1 ikat daun kucai
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit minyak utk menggoreng
Sedikit air
1 kg laksa basah (panjang)

Cara-cara

Kisar Bahan A hingga lumat.

Panaskan minyak dlm kuali & masukkan kek & bebola ikan. Goreng sekejap. Selepas itu, angkat dan tos kan.

Baki minyak menggoreng kek & bebola ikan tadi boleh lah digunakan utk menumis bahan A yg telah dikisar. (Dengan cara ini bau & rasa masakan akan jadi lebih sedap) Tumis sehingga naik bau.

Tambahkan cili kisar, sos cili, sos tomato, saus manis, kicap manis & Maggi cukup rasa dan sedikit air. Masukkan juga garam & gula secukup rasa, serta kek & bebola ikan. Biarkan mendidih.

Setelah itu, bolehlah dimasukkan mi laksa & digaul sebati. Akhir sekali, masukkan taugeh & daun kucai.

Taburkan bawang goreng & siap untuk dihidang. 

SELAMAT MENCUBA!!


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design