Assalamualaikum. Allahuakbar. 09 March 2016, first time dapat tengok gerhana. Nampak jelas dengan mata kasar. Aku ni keluar kerja pukul7. Punya laa excitect tunggu matahari naik sebab baca info kat internet gerhana boleh nampak pukul7.30. Alhamdulillah, langit cantik lak hari ni. Sampai je dekat dengan PICC Putrajaya, nampak jelas gerhana matahari. Baru sikit. Tapi matahari hari ni agak besar dari biasa so gerhana tu makin jelas. Aku ni punya laa jakun sikit, pandang je matahari sepanjang perjalanan tu. Tangan apa lagi duk tunjuk-tunjuk laa. Nampak macam budak2 laa kan. Hehe. Niat nak tengok sampai 87% tapi dalam office ni celah mana laa nak intai. Haha. Ada juga search info pasal gerhana matahari ni. Gerhana ni terjadi apabila bulan berada sejajar dengan kedudukan matahari dan bumi dan menutup matahari. Tapi di Malaysia, kita hanya dapat melihat gerhana matahari separa dan kemuncaknya pada 87% sahaja. Gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan. Gerhana matahari penuh, berbentuk cincin hanya dapat dilihat di Indonesia.
Perbezaan antara gerhana matahari dan bulan.
Walaupun saiz bulan yang agak kecil namun bulan dapat menutupi matahari. Inilah keajaiban yang Allah tentukan. SubhanaAllah.
Gerhana Separa yang dapat dilihat di Malaysia.
Solat Sunat Gerhana Matahari
Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.
Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
a. Rakaat Pertama
Takbiratul Ihram.
Membaca Doa Iftitah.
Membaca Ta`awwuz.
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
Iktidal.
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara 2 sujud.
Sujud kembali.
Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat kedua
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
Iktidal
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara 2 sujud.
Sujud kembali.
Membaca Tasyahud Akhir.
Memberi salam.
0 ulasan:
Catat Ulasan