Bahan-bahan (untuk 1 hidangan shj)
1/3 daripada sebungkus mee kuning 450gram
1/2 biji tauhu lembut
2-3 tangkai cili api di ketuk
1 sudu besar cili kisar atau cili boh
1 biji bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji tomato
2 helai daun sawi ketuk bahagian batangnya dan potong
1 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil cukup rasa atau serbuk perasa
1 biji telur
2 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji kuih udang potong ikut suka
sedikit kubis
sedikit tauge
sedikit air
kicap secukup rasa
Cara Cara
Gunakan api sederhana. Masukkan minyak dalam kuali tak perlu tunggu panas, potong tauhu terus masukkan dalam kuali. Bila tauhu dah agak-agak separuh masak masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau-kacau sikit bagi semua bawang kena minyak.
Bila bawang sedikit layu, masukkan cili kisar. Tumis bagi pecah minyak. Masukkan kubis diikuti oleh tomato, cili api dan sawi. Gaul sebati.
Masukkan mee kuning (cuci dengan cara lalukan air paip - sekejap je). Gaul sebati kemudian masukkan gula dan cukup rasa. Gaul lagi bagi gula dan cukup rasa sebati dengan bahan-bahan lain.
Masukkan kuih udang dan tauge. Gaul dan tuangkan kicap.Gaul sebati.
Masukkan sedit air agak-agak dalam 1/3 cawan. Kalau nak basah lebihkan air. Lepas anda masukkan air, warna mee akan jadi cerah sikit. Kalau anda rasa kurang gelapnya bolehlah tambah kicap sikit lagi. Gaul lagi kemudian tolak semua bahan ke tepi dan masukkan telur. Lepas masukkan telur terus je gaul sebati. Jangan tunggu telur mengeras.(Step last ni kena cepat untuk elakkan mee kembang sebab kita dah buh air. Kalau boleh slowkan api masa ni). Padamkan api, sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!
0 ulasan:
Catat Ulasan