Selasa, 8 Mac 2016

MEE KOLOK

Gambar google


BAHAN – BAHAN

  • 1 bungkus mee kuning
  • 3 ulas bawang putih – dimayang
  • 3 sudu minyak masak
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 4 helai daun sawi – potong 1 inci
  • ½ cawan daging / ayam rebus (rebus dengan seketul kuib ayam)
  • 3 cawan air rebusan daging / ayam
  • ½ labu bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah
  • Ajinomoto
  • Daun bawang dan bawang goreng (hiasan)
CARA – CARA

  • Panaskan minyak. Tumis bawang outih sehingga naik bau. Masukkan bawang besar. Kacau sehingga layu.
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging / ayam.
  • Masukkan mee. Biarkan seketika supaya lembut sedikit.
  • Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Kacau seketika.
  • Masukkan sawi, daging / ayam rebus (yang telah dipotong nipis). Masak sehingga mee lembut dan sayur layu.
  • Angkat dan hidang. Hias dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambah serbuk lada sulah jika suka.

SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design