Isnin, 7 Mac 2016

Kuih Sangai / Kuih Dangai / Rangin (Nama berbeza, tapi tetap sama)

Gambar google



Kuih Sangai / Kuih Dangai / Kuih Rangin sebenarnya adalah kuih yang sama. Jangan keliru lak. Hehe. Resipi ni asalnya dari utara, sebab aku orang pantai timur tak pernah jumpa kuih ni. Bila kenal dengan budak perak sorang ni baru lah merasa kuih ni.

BAHAN-BAHAN

1 paket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARA

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian

3. Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.

4. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

5. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.

SELAMAT MENCUBA!!

Gambar sumber dari google.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design