Isnin, 7 Mac 2016

Laksam Kelantan


Gambar google

Ni laa laksam. Dari kelate marii. Dulu waktu aku kecil mak aku selalu masak benda ni jual kat kedai. Aku apa lagi duk menyibuk laa acah-acah nak tolong. Part gulung-gulung tu je yang terlebih 'pro' sikit. Haha. Bila dah besar, baru tahu senang je nak buat benda ni rupanya.

Resepi laksam (12 gulung)

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati.Ketepikan sebentar.
  • Panaskan periuk kukusan.Sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak.
  • Masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk. Jangan tebal jangan nipis. Agak-agak la ye. Kukus dalam 5 minit.
  • Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.
  • Guna hujung sudu atau benda yang boleh cungkil laksam ni keluar dari loyang. Terus gulung dari loyang tersebut hingga habis.
  • Kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..


Kuah laksam (6 orang makan)
  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je. Air rebusan ikan jangan buang. Digunakan untuk kuah nanti.
  • 2 biji bwang sederhana besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit je halia.
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus.
  • Sedikit belacan.
  • 1/2 periuk santan pekat.
  • Garam.
  • Gula.
  • 2 keping asam gelugur.
  • Ikan yang direbus. Diambil isinya sahaja dan air rebusan 
  • Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dalam blender supaya senang hancur.
  • Masukkan bahan kisar dalam periuk yang ada santan tadi.
  • Masukkan baki air rebusan ikan .
  • Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula.
  • Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :

  • Ulaman
  • Kacang panjang
  • Timun
  • Tauge
  • Kobis
Sambal laksam :
  • Semuanya kisar/tumbuk halus
  • Sambal lada
  • Sedikit belacan
  • Lada merah
  • Cili api merah
  • Garam sikit 
sumber dari Google

SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design