Isnin, 7 Mac 2016

Kuih Cek Mek Molek

Gambar google

Cuba korang tanya member-member korang yang bukan asal Kelantan, Cek Mek Molek tu apa? Mesti kebanyakan dari dorang akan cakap Cek Mek ni panggilan untuk anak dara di Kelantan. Dan ramai antara mereka tak tahu Cek Mek adalah sejenis kuih. Kuih ni dibuat dari Ubi Keledek (Kuning). Cara buat dia pun senang je. Tak pakai banyak bahan. Yang pastinya, meleleh leleh laa sedapnyaa!!

Bahan-bahan:

Ubi keledek - saya gunakan keledek kuning
Tepung gandum 
Gula
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Rebus keledek sampai masak
2. Lenyekkan keledek sampai hancur
3. Gaulkan dengan gandum sehingga tidak melekat di tangan
4. Bentukkan menjadi bulat memanjang dan masukkan gula serta kemaskan supaya gula tidak terkeluar
5. Goreng sampai kekuning kuningan.

SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design