Isnin, 14 Mac 2016

Tips Hilangkan Pahit Peria

Buat mereka yang gemar makan peris sebagai makanan tambahan atau sampingan, tapi dalam masa sama, ingin menghilangkan rasa pahit peria. Disini terdapat pelbagai cara atau petua untuk membuang rasa pahit pada peria.

1. Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

2.  Rendam peria ke dalam air beras selama satu jam sebelum masak. Cara ini sesuai untuk peria katak. Bukan sahaja mengurangkan rasa pahit malahan bau peria juga berkurangan.

3. Tumbuk-tumbukkan peria dengan belakang pisau atau menggunakan batu lesung (jangan sampai hancur lumat).  Kemudian masukkan dalam sebekas air sambil-sambil itu ramas peria dan perah.

4. Dengan menggunakan teknik merebus kemudian toskan air mampu menghilangkan rasa pahit. Boleh dilakukan sebelum memasak masakan berkuah seperti kari atau kuah lemak dan peria rebus juga boleh dimakan begitu sahaja  bersama dengan nas

5. Hiris nipis peria tersebut dan gunakan garam seperti cara yang pertama.

6. Buat kamu yang ingin menjadikan peria sebagai jus. Selalunya cara ini dilakukan oleh pesakit kencing manis satu hari sebelum pemeriksaan. Kisarkan peria bersama dengan epal hijau. Kemudian perahkan dengan limau sebelum minum. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pahit peria malahan dapat mengurangkan bau peria katak.

7. Kulit peria juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada rasa pahit. Untuk mengurangkan sedikit rasa pahit. Kikis sedikit kulit peria atau buangkan beberapa bahagian kulit peria. Tetapi ingat! jangan buang semua. Setiap bahagian peria mempunyai khasiat-khasiat tertentu.

8. Cara ini boleh dipraktikkan dengan teknik menggoreng. Pecahkan telur sewaktu memasak peria kemudian gaulkan bersama telur tadi.

9. Cara ini agak popular dan menjadi snek kegemaran ramai. Gaulkan peria bersama kunyit, garam, serbuk kari dan paprika (optional). Goreng garing seperti menggoreng pisang. Selain menghilangkan rasa pahit dan bau peria, rasanya juga lebih enak.





 




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design