Isnin, 7 Mac 2016

Ketupat Sotong Kelantan

Gambar google

Ketupat sotong ramai yang tak tahu. Zaman aku kat matrik Kedah dulu, aku ada tanya member-member Selangor, Pinang. Dorang memang tak tahu apa benda ni. Sekali aku bawak, ambik kau!! Makan tak ingat dunia!! Dorang cakap makanan Kelantan ni pelik, manis tapi perut boleh terima. Iyo ko dok?

Bahan-bahan:

1. Dua kg sotong - Bersihkan, buang tulang belakang dan cabut kepala
2. Tiga genggam beras pulut
3. Dua kota santan
4. Gula pasir - 2 senduk
5. Gula Melaka @ Nise - 8 ~10 keping
6. Garam - 1 sudu kecil
7. Daun pandan
8. Pencungkil gigi

Cara penyediaan:

1. Rendam beras pulut bersama garam dan santan  - 30 minit
2. Masukkan pulut yang direndam kedalam sotong - 1/3 daripada badan sotong
3. Masukkan semula kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi
4. Masukkan semua sotong ke dalam periuk masukkan santan dan sedikit air
5. Masukkan gula pasir dan nise serta daun pandan
6. Masak sehingga masak dan berkilat - Gunakan api yang sederhana

SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design