Isnin, 7 Mac 2016

Laksa Penang

Gambar google


Laksa Penang ni senang je nak dapat kat mana-mana. Pasar malam pun ada. Tapi nak lebih memuaskan, try laa korang masak sendiri. Boleh makan banyak mana korang nak makan. Nak buat kuah pekat-pekat pun takpe. Aku kalau kat kampung, laksa dia tu boleh dapat fresh dari kilang, panas berasap lagi! Sejak duk tempat orang ni, segera je yang ada pun. 

Bahan-bahan:

1kg Ikan Sardin/Selayang - Direbus dan asingkan tulang
7-8 sudu cili giling - boleh juga digantikan dengan cili kering anggaran 15 biji
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kesum
1-2 kuntuk bunga kantan
2-3 asam keping
Garam dan gula
Air - Mengikut kepekatan yang disukai - boleh gunakan juga air rebusan ikan

Cara Penyediaan:

1. Rebus ikan dan asingkan daripada tulang, mesin ikan hingga hancur
2. Mesin bawang dan cili
3. Campurkan bahan mesin dengan air mengikut kepekatan yang disukai
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keeping masak hingga mendidih
5. Perasakan dengan garam dan gula.

SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design