Seorang gadis, Nurfathiah Diaz, 17 atau mesra disapa Thiah merupakan pemilik suara tersebut. Mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan suara sejak dari usia 7 tahun, Thiah langsung tidak menduga ianya mampu bertahan hingga sekarang sehinggakan Cerita Animasi Boboiboy kini antara trending dan ditonton oleh segenap lapisan masyarat bukan sahaja golongan kanak-kanak.
Sebelum menjadi pelakon suara untuk Boboiboy, pada usia 7 - 10 tahun, Thiah pernah meminjamkan suaranya untuk animasi Upin dan Ipin. Selepas itu, pada usianya 12 tahun hingga sekarang, Thiah berkhidmat untuk animasi Boboiboy. Kiranya pada tahun ini genaplah sedekad Thiah terlibat dalam lakonan suara.
Bagi Thiah dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini namun rezeki yang hadir secara kebetulan itu membuatkan Thiah secara perlahan-lahan meminati bidang tersebut sehingga menjadi pilihan penerbit syarikat animasi.
Thiah juga memberitahu suara Boboiboy adalah suara sebenarnya dan tidak menukar jenis suara. Thiah juga memasang niat untuk mencuba bidang nyayian dan pengacaraan namun kalau diminta berlakon awal-awal Thiah akan menolaknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan