Isnin, 7 Mac 2016

Cheesekut Oreo

Gambar google

Bahan-bahan
  • 250g Tatura Milk Cream Cheese atau  Philadelphia Cream Cheese (sesiapa tak tahu apa tu Tatura or Philadelphia oleh refer gambar dibawah :) )

  • 1 Paket Biskut Marie (Biskut Cracker pun boleh)
  • 1 kotak Fresh Milk Dutch Lady.
  • Susu Pekat Manis.
  • Oreo (Optional - Dah nama cheesekut orea, wajib laa letak oreo kan!!)
Anggaran kos untuk melaksanakan projek besar nih (cewahhh) =RM20

Cara-cara
  1. Gaul kan cream cheese, fresh milk dan susu pekat sampai sebati. Kuantiti fresh milk agak-agak jer jangan sampai cheese tu cair macam bubur pulak dan susu pekat tu pulak boleh ikut citarasa anda antara nak manis ke tak. Kacau sampai cream cheese tu kembang dan berubah color keputihan. Kalau korang rasa nak jimatkan masa guna mixer.
  2. Selepas itu, sediakan fresh milk tadi dalam mangkuk bagi nak celup/rendam biskut marie kita nanti. Ini bagi memastikan biskut tu kembang/lembut sikit. Sekejap jer celup jangan terlampau kembang sangat, nanti tak sedap.
  3. Susun dalam bekas cantik-cantik dan ratakan dengan cream cheese tadi. Buat layer by layer okay. Teknik sama macam kita buat kek batik. 
  4. Dalam pertengahan layer anda tu. Boleh la taburkan oreo yang telah di blend/ dipecahkan.
  5. Letak topping apa-apa bagi menambahkan seri cheesekut kita. Gunakan lebihan oreo tadi untuk hias cheesekut.
  6. Akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.
  7. Selamat untuk dimakan. Yum Yum!!
SELAMAT MENCUBA!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design