Khamis, 17 Mac 2016

Bina aircond sendiri!

Image result for cara buat aircond sendiri 

Sekarang ni cuaca tak tentu kan? Sekejap panas, sekejap hujan. Jadi kami nak kongsi dengan anda bagaimana anda boleh membuat sendiri penghawa dingin dengan cara yang mudah dan barang yang diperlukan tidak susah untuk didapati serta tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Tak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membeli penghawa dingin dan anda boleh lakukannya sendiri di rumah dalam masa kurang 15 minit.

Cuma masukkan ais dalam kotak seperti diatas dan wujudkan satu lubang yang berukuran sama saiz dengan kipas. Untuk cara betul pembuatannya https://www.youtube.com/watch?v=jQ2rgFI54eM.
 

PNB118 lebih TINGGI dari KLCC


Perdana Menteri berkata Warisan Merdeka merupakan projek pembangunan hartanah strategik yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur dan bakal memainkan peranan penting dalam memanfaatkan dan memaksimumkan nilai simpanan tanah. 

Warisan Merdeka adalah projek yang dibangunkan oleh PNB di kawasan seluas 19 ekar (7.689 hektar) dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
Fasa pertama projek tersebut yang melibatkan pembinaan menara 118 tingkat dan tujuh tingkat pusat membeli-belah dengan kos pembangunan sebanyak RM5 bilion dijangka siap pada 2020.
Selain melancarkan projek tersebut, Najib juga menamakan semula menara ikon 118 tingkat itu sebagai Merdeka PNB118 yang merupakan menara tertinggi di Malaysia, kedua tertinggi di Asia dan yang kelima tertinggi di dunia.

Najib berkata bangunan ikon itu akan membantu memberi nilai kepada sesebuah bandar raya dan mempengaruhi cara orang berpandangan terhadap sesebuah bandar raya, memberikan kepada penduduknya mercu tanda yang boleh dibanggakan.
Menurut Perdana Menteri, sebagai pembangunan mercu tanda ikon baharu bagi Malaysia, projek ini dijangka menambahkan lagi daya tarikan Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi pelaburan dan pelancongan.

“Apabila seseorang menyebut menara ikon, apa yang sebenarnya dimaksudkan? Apa yang menjadikannya menara ‘ikon’? Rekaannya? Bentuknya? kisah atau sejarah di sebalik pembangunannya?
“Barangkali, dalam hal ini, ia mungkin kesemuanya sekali. Tetapi ia juga adalah aspirasi, hasrat untuk mencapai kecemerlangan dan keazaman untuk membina sesuatu yang boleh diingati dan berkekalan, sesuatu yang boleh memberi nilai kepada Malaysia baharu,” katanya.

vlcsnap-73782 

Perdana Menteri berkata walaupun PNB ditubuhkan dengan mandat untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera, atas semangat perpaduan, unit-unit amanah PNB turut diperluaskan untuk langganan masyarakat bukan Bumiputera.

Beliau berkata PNB telah berjaya menggembleng lebih 200 bilion unit amanah, hasil pelaburan rakyat 1Malaysia, daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Tambahnya, kesemua kejayaan yang dicapai PNB ini dan syarikat-syarikat Malaysia umumnya adalah bersandarkan kemampuan Kerajaan memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Sumber Dari: http://www.bicara.news/pnb118-mercu-baru-negara-lebih-tinggi-dari-klcc/

Rabu, 16 Mac 2016

WANITA MAKAN AYAM HIDUP HIDUP DEDAHKAN CERITA SEBENAR

Image result for MAKAN AYAM HIDUP
Gambar seorang wanita yang meratah ayam secara mentah telah tersebar luar di media sosial telah diperkatakan hangat oleh pengguna. Ada diantara mereka menyatakan bahawa wanita 40-an ini mengamalkan ilmu hitam. Namun, hanya Miskaulah yang mempunyai penjelasan tentang ini.
Meloyakan namun dilihat sebagai enak bagi Miskaulah yang berasal dari Indonesia dengan hobi peliknya iaitu makan ayam hidup hidup dan minum darah ayam tersebut.
Sukar untuk bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu! Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.

Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari! Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Difahamkan, wanita ini tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli ayam hidup. Wanita ini terpaksa mengambil ayam jiran atau sedara-mara. Namun begitu, mereka tidak memarahinya kerana mereka sudah faham akan tabiatnya dan tidak menghalang.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Wanita ini juga pernah makan daging ular dan mengalami keracunan pada usia muda. Dan menyebabkan mukanya membengkak.
 Image result for MAKAN AYAM HIDUP
 
Image result for MAKAN AYAM HIDUP

Isnin, 14 Mac 2016

Tips Hilangkan Pahit Peria

Buat mereka yang gemar makan peris sebagai makanan tambahan atau sampingan, tapi dalam masa sama, ingin menghilangkan rasa pahit peria. Disini terdapat pelbagai cara atau petua untuk membuang rasa pahit pada peria.

1. Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

2.  Rendam peria ke dalam air beras selama satu jam sebelum masak. Cara ini sesuai untuk peria katak. Bukan sahaja mengurangkan rasa pahit malahan bau peria juga berkurangan.

3. Tumbuk-tumbukkan peria dengan belakang pisau atau menggunakan batu lesung (jangan sampai hancur lumat).  Kemudian masukkan dalam sebekas air sambil-sambil itu ramas peria dan perah.

4. Dengan menggunakan teknik merebus kemudian toskan air mampu menghilangkan rasa pahit. Boleh dilakukan sebelum memasak masakan berkuah seperti kari atau kuah lemak dan peria rebus juga boleh dimakan begitu sahaja  bersama dengan nas

5. Hiris nipis peria tersebut dan gunakan garam seperti cara yang pertama.

6. Buat kamu yang ingin menjadikan peria sebagai jus. Selalunya cara ini dilakukan oleh pesakit kencing manis satu hari sebelum pemeriksaan. Kisarkan peria bersama dengan epal hijau. Kemudian perahkan dengan limau sebelum minum. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pahit peria malahan dapat mengurangkan bau peria katak.

7. Kulit peria juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada rasa pahit. Untuk mengurangkan sedikit rasa pahit. Kikis sedikit kulit peria atau buangkan beberapa bahagian kulit peria. Tetapi ingat! jangan buang semua. Setiap bahagian peria mempunyai khasiat-khasiat tertentu.

8. Cara ini boleh dipraktikkan dengan teknik menggoreng. Pecahkan telur sewaktu memasak peria kemudian gaulkan bersama telur tadi.

9. Cara ini agak popular dan menjadi snek kegemaran ramai. Gaulkan peria bersama kunyit, garam, serbuk kari dan paprika (optional). Goreng garing seperti menggoreng pisang. Selain menghilangkan rasa pahit dan bau peria, rasanya juga lebih enak.





 




Elly Sah Bercerai!

Elly atau nama sebanarnya Aida Mazlina Syed Hanafi, 36 telah membuat pengesahan secara terbuka tentang penceraiannya talak satu dengan bekas suami, Azmi Hatta dan cerai tersebut telah dilafazkan Azmi pada tahun lalu. Namun, dalam keadaan Elly hamil ketika itu maka tidaklah jatuh talak tersebut sehinggalah dia melahirkan anak tersebut.


Kisah penceraiannya tidak diketahui umum dan berita yang diterima ini sangat mengejutkan. Tambahan pula, Elly memaklumkan sehari selepas anak perempuannya lahir. Elly menjelaskan status dirinya sehari selepas dirinya bergelar ibu supaya nanti tidak menimbulkan kekeliruan hubungan antara dia dan bekas suami, Azmi. 

Namun, Elly tidak pula menceritakan kisah sebenar mengenai perceraiannya dan Elly seboleh-bolehnya ingin menjaga aib bekas suaminya kerana dia masih menghormatinya sebagai bekas suami dan menjaga hubungan baik antara keluarga bekas mentua demi anaknya. Prinsip Ellly, kalau dia menjaga aib bekas suami, pasti Allah juga akan menjaga aib dirinya.

Siapa Boboiboy?

Bagi yang mengikuti perkembangan setiap episod Boboiboy, anda pasti tertanya-tanya siapakah pemilik suara superhero tersebut.

Seorang gadis, Nurfathiah Diaz, 17 atau mesra disapa Thiah merupakan pemilik suara tersebut. Mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan suara sejak dari usia 7 tahun, Thiah langsung tidak menduga ianya mampu bertahan hingga sekarang sehinggakan Cerita Animasi Boboiboy kini antara trending dan ditonton oleh segenap lapisan masyarat bukan sahaja golongan kanak-kanak.


Sebelum menjadi pelakon suara untuk Boboiboy, pada usia 7 - 10 tahun, Thiah pernah meminjamkan suaranya untuk animasi Upin dan Ipin. Selepas itu, pada usianya 12 tahun hingga sekarang, Thiah berkhidmat untuk animasi Boboiboy. Kiranya pada tahun ini genaplah sedekad Thiah terlibat dalam lakonan suara.

Bagi Thiah dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang ini namun rezeki yang hadir secara kebetulan itu membuatkan Thiah secara perlahan-lahan meminati bidang tersebut sehingga menjadi pilihan penerbit syarikat animasi.

Thiah juga memberitahu suara Boboiboy adalah suara sebenarnya dan tidak menukar jenis suara. Thiah juga memasang niat untuk mencuba bidang nyayian dan pengacaraan namun kalau diminta berlakon awal-awal Thiah akan menolaknya.
 

Ahad, 13 Mac 2016

Laksa Goreng


Bahan-bahan

Bahan A:
3 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
Bahan B:
2 sudu besar cili kisar (kalau mahu lebih pedas boleh bubuh lebih)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar Saus Manis ABC
2 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Garam & gula secukup rasa
1 bungkus bebola ikan
2 keping kek ikan
2 genggam besar taugeh
1 ikat daun kucai
Bawang goreng untuk hiasan
Sedikit minyak utk menggoreng
Sedikit air
1 kg laksa basah (panjang)

Cara-cara

Kisar Bahan A hingga lumat.

Panaskan minyak dlm kuali & masukkan kek & bebola ikan. Goreng sekejap. Selepas itu, angkat dan tos kan.

Baki minyak menggoreng kek & bebola ikan tadi boleh lah digunakan utk menumis bahan A yg telah dikisar. (Dengan cara ini bau & rasa masakan akan jadi lebih sedap) Tumis sehingga naik bau.

Tambahkan cili kisar, sos cili, sos tomato, saus manis, kicap manis & Maggi cukup rasa dan sedikit air. Masukkan juga garam & gula secukup rasa, serta kek & bebola ikan. Biarkan mendidih.

Setelah itu, bolehlah dimasukkan mi laksa & digaul sebati. Akhir sekali, masukkan taugeh & daun kucai.

Taburkan bawang goreng & siap untuk dihidang. 

SELAMAT MENCUBA!!


Mee Bakso Daging


Bahannya :-

1 bungkus mee kuning
1 peket bebola daging
sedikit rangka ayam
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 suduh teh lada sula biji*
3 biji lada hitam* (*dikisar)
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
100 gram taugeh(dicelur)
1/2 batang lobak dipotong panjang (disagat)
sedikit kobis yg dipotong halus
sedikit hirisan daun bawang dan sup
Garam secukup rasa

Sambal kicap
20biji cili api, 
2 sudu kicap
1/2 cawan air
-Blendkan semua bahan diatas

Caranya :-

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wang bersama bunga lawang,pelaga dan cengkih hingga kekuningan dan wangi.
Masukan air
kemudian masukan rangka ayam dan bebola daging, biarkan mendidih, rasa garamnya.
Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!!

Rendang Itik


Bahan-bahan

1 ekor itik-di potong 12
1 1/2  sudu makan jintan manis*
1 1/2 sudu makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan putih*
1/2  sudu kecil lada hitam*
15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
1 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
sedikit air-nak lembutkan daging itik
1 keping asam keping
sedikit minyak 
garam

Cara-cara

1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan.  Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.(kalau itik tua)
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7. Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.

SELAMAT MENCUBA!!

 

Ayraa Cikopai Pai Template by Ipietoon Cute Blog Design