Buat mereka yang gemar makan peris sebagai makanan tambahan atau sampingan, tapi dalam masa sama, ingin menghilangkan rasa pahit peria. Disini terdapat pelbagai cara atau petua untuk membuang rasa pahit pada peria.
1. Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria
yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit.
Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih
sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan
berasa pahit apabila dimakan.
2. Rendam peria ke dalam air beras selama satu jam sebelum masak. Cara ini
sesuai untuk peria katak. Bukan sahaja mengurangkan rasa pahit malahan
bau peria juga berkurangan.
3. Tumbuk-tumbukkan peria dengan belakang pisau atau menggunakan batu
lesung (jangan sampai hancur lumat). Kemudian masukkan dalam sebekas
air sambil-sambil itu ramas peria dan perah.
4. Dengan menggunakan teknik merebus kemudian toskan air mampu
menghilangkan rasa pahit. Boleh dilakukan sebelum memasak masakan
berkuah seperti kari atau kuah lemak dan peria rebus juga boleh dimakan
begitu sahaja bersama dengan nas
5. Hiris nipis peria tersebut dan gunakan garam seperti cara yang pertama.
6. Buat kamu yang ingin menjadikan peria sebagai jus. Selalunya cara ini
dilakukan oleh pesakit kencing manis satu hari sebelum pemeriksaan.
Kisarkan peria bersama dengan epal hijau. Kemudian perahkan dengan limau
sebelum minum. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pahit peria
malahan dapat mengurangkan bau peria katak.
7. Kulit peria juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada rasa
pahit. Untuk mengurangkan sedikit rasa pahit. Kikis sedikit kulit peria
atau buangkan beberapa bahagian kulit peria. Tetapi ingat! jangan buang
semua. Setiap bahagian peria mempunyai khasiat-khasiat tertentu.
8. Cara ini boleh dipraktikkan dengan teknik menggoreng. Pecahkan telur sewaktu memasak peria kemudian gaulkan bersama telur tadi.
9. Cara ini agak popular dan menjadi snek kegemaran ramai. Gaulkan peria bersama kunyit, garam, serbuk kari dan paprika (
optional). Goreng garing seperti menggoreng pisang. Selain menghilangkan rasa pahit dan bau peria, rasanya juga lebih enak.